Sunday 21 June 2015

#2 : Mak kau hijau.

"Mak kau hijau !"

Ajim nangis lagi. Dah tiga bulan Ajim sekolah kat tempat baru, tiga bulan jugak lah budak budak ni ejek mak Ajim hijau.

Kringgg ! Ajim kesat air mata. Rehat dah habis. Ajim kena masuk kelas.

"Mak, kawan kawan Ajim ejek Ajim. Ajim dah tak tahan".

"Apa yang dorang ejek?"

"Dorang ejek mak Ajim hijau".

"Mak hijau ke?"

"Tak".

Mak senyum terus sambung bersiap siap untuk ke tempat kerja. Mak kerja waktu malam. Ajim tak tau mak kerja apa. Pernah sekali Ajim tanya, mak senyum je. Sejak tu Ajim tak pernah tanya lagi.

Ajim bingkas bangun dari sofa. Punat merah pada remote control Astro, Ajim tekan. Skrin nipis LED 52" jadi gelap. Gelap gelita. Ajim masuk bilik. Sambil baring atas katil nak tunggu mata terlelap Ajim fikir macam mana nak elak dari jumpa budak budak yang suka ejek Ajim. Ada lah dalam 5 minit Ajim dah bantai terlelap.




"Mak kau hijau !"

Ajim nangis lagi.

Harini balik dari sekolah Ajim merayau di pusat membeli belah. Ajim tension. Mana tahan hari hari kena ejek. Duit belanja mak kasi minggu ni, Ajim buat beli tiket wayang, main game kat arcade. Lepas Isya' Ajim balik rumah. Ajim tengok stiletto hitam mak tersusun rapi depan pintu.

Mak tak kerja ke harini? Ajim monolog sendiri. Ajim bukak kasut sekolah, susun sebelah stiletto hitam mak. Ajim pun masuk rumah. Ajim tengok mak tengah memasak kat dapur.




"Mak kau hijau !"

Tapi kali ni Ajim tak nangis lagi.



Tuesday 16 June 2015

#1 : ASB.

"Kalau ada berlaku kematian ataupun kecacatan kekal, diorang akan bayar balik ikut nilai sijil yang saya buat loan tu, bang."



Rambut Rahim kusut masai, baju kemeja pun konyok sana sini. Kejap kejap Rahim garu kepala dia. Kadang kadang gatal, kadang kadang tidak pun. Tapi boleh kata selang 5 minit mesti Rahim garu.

Ahh mana bas ni?

Baru setapak masuk office, Kira secretary Datuk Zamir dah tegur Rahim. Bos nak jumpa katanya. Cantik, desis Rahim bila tengok skirt pendek warna merah hati yang Kira pakai. Gebu lain macam peha Kira harini.

"Kau ni nak kerja ke tidak?"

"Nak bos. Tapi kereta saya kena tarik, dah 4 bulan tak bayar. Saya kena naik bas. Bas kadang datang lambat kadang datang awal."

"Kau ingat aku nak tau ke semua tu? Minggu depan kau datang lambat lagi aku tak teragak-agak nak pecat kau. Ramai lagi fresh graduate kat luar sana nak position kau ni !"

Tengahari tu Rahim tak keluar makan tengahari. Serabut betul kepala otak dia kebelakangan ni.

Hutang kereta. Hutang sewa rumah. Hutang along.

Semua ni business partner Rahim, Alif punya pasal. Masa mula mula ajak jadi partner, janji yang manis manis je dia kasi. Bila business tak jalan, Alif pun blah entah kemana tinggal Rahim sorang-sorang bayar hutang. Kalau kerja yang ada ni pun nak kena pecat, ah nak fikir pun tak sanggup. Rahim garu kepala lagi.

Oh bas dah sampai.



Hari Isnin Rahim pergi kerja naik kereta. Muka berseri-seri. Semua orang dalam office Rahim tegur.

Terima kasih, sayang.

Rahim senyum tengok gambar selfie diorang laki bini sebelum Rahim campur racun tikus dalam air oren bini dia, buat minum petang tu.



google.

Thursday 28 May 2015

Peh peh peh best gila peh peh peh.

Tahukah korang apa benda yang paling best dilakukan ketika kita di alam pekerjaan ?

Okay lah aku kasi contoh, kau masuk kerja, main phone, pusing pusing kerusi, lepastu kau tengok jam eh sudah tiba masa balik kau pun angkat kaki, punch card terus blah. Tak ke best tu. Akan ada masa level best kau tu naik mencanak bila tiba hari gaji. Time tu rasa best tu rasa yang paling power sekali. Gila tak best, tak buat apa apa pun tiba tiba ada duit dalam akaun bank. Tak kira simpanan masa tua kelak hasil gaji kena potong utk socso, epf lagi. Hmm memang besttt.

Manusia manusia macam ni lah contoh yang lebih elok kita kasi terajang barang sekali dua.





Tapi kau aku tengok memang ada bakat jadi bos besar.

Tuesday 26 May 2015

Ni semua barang murah punya pasal.

Kenapa barang murah cepat rosak ? Apa kau ingat aku ada banyak duit lepastu aku boleh lah beli barang murah tu banyak kali. Macam tu?

Baru bulan lepas aku beli earphone ayenmen sebab aku rasa macam best lah pakai earphone ayenmen. Rasa power pun ada. Aku pun letaklah earphone tu kat office, nanti aku boring boring kat office boleh lah aku dengar lagu. Selalu aku tengok kak hana dengar lagu guna earphone lepastu satu office panggil tapi dia tak dengar. Lepasni boleh lah aku pulak buat buat tak dengar bila bos panggil masuk bilik dia.

Tapi semalam tengah aku sedap layan never coming down-wilallamete stone, sambil headbanging. Tiba tiba aku tak dengar bunyi. Aku check volume, tak mute pun. Aku cucuk earphone tu kasi ketat sikit, tak jalan jugak.

PLUP !

Aku tengok earphone tu kejap tenggelam kejap timbul kat lubang tandas. Aku tarik tali flush lepastu aku sambung buat kerja.



Wednesday 13 May 2015

Siapa yang sampah?

Harini genap lah dua hari aku bagi pendapat sampah aku kat iclass. Kenapa sampah? Sebab bila aku tengok comment dak dak lain bukan main power lagi english dorang. Sikit je lagi aku nak menangis kat bucu office ni tapi sebab memikirkan carrymark 15% aku gagahkan jugak lah comment kat idiscuss tu.

Dan disebabkan tadi aku rasa insekiyo level infinity tengok english dorang, terus aku blur nak comment apa. Aku pun google lah untuk mendapatkan serba sedikit idea pasal orientation training. Aku pun taip

Orientation training for new employees

Aku klik search yang pertama sekali keluar




Peh! Sebijik ayat brader yang power english tu comment kat idiscuss..........