Tuesday 16 June 2015

#1 : ASB.

"Kalau ada berlaku kematian ataupun kecacatan kekal, diorang akan bayar balik ikut nilai sijil yang saya buat loan tu, bang."



Rambut Rahim kusut masai, baju kemeja pun konyok sana sini. Kejap kejap Rahim garu kepala dia. Kadang kadang gatal, kadang kadang tidak pun. Tapi boleh kata selang 5 minit mesti Rahim garu.

Ahh mana bas ni?

Baru setapak masuk office, Kira secretary Datuk Zamir dah tegur Rahim. Bos nak jumpa katanya. Cantik, desis Rahim bila tengok skirt pendek warna merah hati yang Kira pakai. Gebu lain macam peha Kira harini.

"Kau ni nak kerja ke tidak?"

"Nak bos. Tapi kereta saya kena tarik, dah 4 bulan tak bayar. Saya kena naik bas. Bas kadang datang lambat kadang datang awal."

"Kau ingat aku nak tau ke semua tu? Minggu depan kau datang lambat lagi aku tak teragak-agak nak pecat kau. Ramai lagi fresh graduate kat luar sana nak position kau ni !"

Tengahari tu Rahim tak keluar makan tengahari. Serabut betul kepala otak dia kebelakangan ni.

Hutang kereta. Hutang sewa rumah. Hutang along.

Semua ni business partner Rahim, Alif punya pasal. Masa mula mula ajak jadi partner, janji yang manis manis je dia kasi. Bila business tak jalan, Alif pun blah entah kemana tinggal Rahim sorang-sorang bayar hutang. Kalau kerja yang ada ni pun nak kena pecat, ah nak fikir pun tak sanggup. Rahim garu kepala lagi.

Oh bas dah sampai.



Hari Isnin Rahim pergi kerja naik kereta. Muka berseri-seri. Semua orang dalam office Rahim tegur.

Terima kasih, sayang.

Rahim senyum tengok gambar selfie diorang laki bini sebelum Rahim campur racun tikus dalam air oren bini dia, buat minum petang tu.



google.

No comments:

Post a Comment